Friday, 4 November 2011

Sabar tunggu peluang

KEJAYAAN City memastikan kemenangan ke atas Villareal membanggakan kapten, Vincent Kompany dan pengurusnya Roberto Mancini.
Pasukan Blues meraih kemenangan 3-0 selepas menunggu penuh sabar untuk mendapatkan peluang mereka dan kini mereka sedar kemenangan di Napoli akhir bulan ini mencukupi bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya Liga Juara-Juara.
Dua jaringan Yaya Toure serta penalti dari Mario Balotelli memastikan kemenangan mereka, sedang pada masa sama pasukan tuan rumah gagal mencabar kewibawaan Joe Hart.

“Kami mempamerkan aksi terbaik, melakukan apa yang dirancang. Kami tidak membuat sesuatu yang gila-gila, kami bersabar dan akhirnya mendapat ganjaran,” kata Kompany.


“Gol pertama adalah kunci kejayaan tetapi dalam Liga Juara-Juara ini adalah pertahanan terhebat kami dan penyerang kami begitu cemerlang. Mereka sekali lagi melakukan tugas terbaik hari ini (semalam).Kami menjaringkan gol hampir dalam setiap perlawanan, persefahaman yang hebat di kalangan pemain dan ia sesuatu yang bagus kerana kami boleh menggilirkan ramai pemain dan tidak kehilangan kekuatan pasukan.

“Kami sentiasa terfikir jika melakukan tugas dengan betul, kami akan menjadi sekuat pasukan lain jadi kami tidak perlu bimbangkan pasukan lain. Ia satu kumpulan yang sukar tetapi jika kami lakukan apa yang sepatutnya, kami boleh menang perlawanan itu.

“Perlawanan menentang Napoli tentunya hebat tetapi begitulah caranya nada beraksi dalam Liga Juara-Juara.”

Mancini turut berpuas hati tetapi kini memberi tumpuan kepada satu lagi pertemuan di tempat lawan apabila mereka berkunjung ke QPR dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.

“Kami mahu bermain sebaik mungkin tetapi setiap perlawanan begitu sukar dan kami akan berdepan perlawanan berikutnya dalam tempoh 60 jam. Kami akan menggantikan beberapa pemain tetapi jika anda mahu bermain di tahap seperti ini, itulah yang berlaku.

Malah pengurus itu masih lagi berasa kesakitan di kepalanya yang dialami selepas beliau melompat pada separuh masa pertama dan terkena bumbung bangku pemain simpanan.

“Kepala saya bengkak, saya terhantuk dengan kuat,” katanya sambil ketawa.
“Saya pernah mengalaminya di sini lima tahun lalu tetapi saya cukup cergas untuk ‘beraksi’ Sabtu ini1”

Sementara itu penyerang City, Sergio Aguero turut tercalon dalam senarai pendek Fifa untuk anugerah Ballon d’Or 2011.

Bintang Argentina itu mempamerkan aksi luar biasa dalam penampilan terawal bersama City dengan 10 gol hasil 12 perlawanan liga dan piala selepas berpindah dari Atletico Madrid.

David Silva pula tercicir daripada senarai 23 calon pemain itu meskipun mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim.

Selain Aguero, pemain yang turut tercalon adalah Eric Abidal (Perancis), Karim Benzema (Perancis), Iker Casillas (Sepanyol), Cristiano Ronaldo (Portugal), Dani Alves (Brazil), Samuel Eto’o (Cameroon), Cesc Fabregas (Sepanyol), Diego Forlan (Uruguay), Andres Iniesta (Sepanyol), Lionel Messi (Argentina), Thomas Muller (Jerman), Nani (Portugal), Neymar (Brazil), Mesut Ozil (Jerman), Gerard Pique (Sepanyol), Wayne Rooney (England), Bastian Schweinsteiger (Jerman), Wesley Sneijder (Belanda), Luis Suarez (Uruguay), David Villa (Sepanyol), Xabi Alonso (Sepanyol) dan Xavi (Sepanyol).

Hanya tiga bakal terpilih pada 5 Disember ini dan pemenang akan diumumkan di Zurich pada 9 Januari depan.

Wajarkah pelajar institusi pengajian tinggi terbabit dalam kegiatan politik?

bagi saya tidak..kerana akn mengganggu stady....lebih baek bebas dari suma neyh la..t duh keja up to you la nak join o tak..hahah

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Pembelajaran Matematik, Sains sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia di sekolah rendah pada 2016..akan menyenangkan student o akn membebeankan student???

PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet hari ini turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.


Kabinet pada 2009 sudah membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. - BERNAMA

Thursday, 3 November 2011

adakah wan jamak akan kena tindakan pengantungan perlawan??

jurulatih pasukan kedah berhadapan satu kes yang mungkin akan menyebabkan beliau akn kena tindakan pengantungan perlawan berikutan isu bola sepak..dan mutu pengadilan ketika kedah bertemu perah dalm piala malysia yang lalu....segalanya sedang disiasat..semula jawapan tidak dikeluarkan lagi..timbalan kumpulan penyokong kedah sedang membantah isu tersebut yang akn mngakibakan persiapan skuad kedah dalam saingan 2012 mungkin akan terganggu berikutan isu tersebut. 

tip diet makn di luar??

1:pilih makanan daripada jenis sayur-sayuran atau ikan laut yang dikukus atau rebus
2:jangan malu bertanya menu yang tidak mempunyai lemak yang banyak kepada pelayan restoran ketika membuat pesanan.
3:minta pelayan restoran mengurangkan jumlah kuantiti makanan diambil.contohnya mengurangkan nasi pada kuantiti separuh dan sebagainya
4:jika perlu,bahagikan sedikit makanan kepada rakan bagi mengelakan anda makn banyak
5:pilih pencuci mulut daripada jenis buah-buahan dan elakkan puding dan manisan lain
6:pilh salad segar tanpa "topping"atau soso berkrim yang tidak sihat untuk tubuh.
7:minum segelas air kosong edan sepotong buah sebelum menjamah makanan seterusnya
8:hindari daging berlemak dan makanan goreng dengan mentega atau minyak yang banyak