Tuesday, 1 November 2011

Layak jika menang

BERNE: AC Milan dan Barcelona mampu menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dengan baki dua perlawanan dengan pertembungan bulan depan sekadar pertemuan persahabatan jika kedua-duanya menang awal pagi esok.
Benfica, Real Madrid dan Arsenal juga berpeluang mara ke pusingan kalah mati andai menang minggu ini manakala Chelsea boleh memastikan tempat mereka ke pusingan kedua jika mencatat tiga mata.

Pertemuan Bayern Munich dan Napoli di laman sendiri awal pagi Khamis ini, selepas seri 1-1 awal bulan ini adalah perlawanan pilihan minggu ini selain kunjungan Real Madrid ke Olympique Lyon.
Selepas beberapa kejutan awal, peringkat kumpulan dikhuatiri hanya menjadi pemanas badan buat pasukan gergasi, berbeza dengan tanggapan tiada perlawanan mudah dalam bola sepak.

Malah Manchester United, yang bermula dengan dua keputusan seri dalam Kumpulan C, bakal berdepan tugas mudah jika menewaskan juara Romania, Otelul Galati di laman sendiri, awal pagi Khamis ini.

Selain Benfica, satu-satunya pendahulu yang mengejutkan dalam kelapan-lapan kumpulan itu adalah pasukan Cyprus, APOEL Nicosia, yang menanti kunjungan juara Liga Europa, Porto dalam Kumpulan G.“Kami gembira berada di tangga teratas dengan lima mata. Ia sesuatu yang cukup bermakna buat APOEL dan Cyprus. Kami tidak berada di atas kerana nasib tetapi kami sedar, segala-galanya boleh berubah dalam setiap perlawanan,” kata jurulatih, Ivan Jovanovic said.

Hanya satu mata di depan Zenit St Petersburg dan Porto, APOEL mungkin jatuh ke tangga ketiga jika tewas jika kelab Russia itu menewaskan Shakhtar Donetsk dalam satu lagi perlawanan peringkat kumpulan awal pagi esok.Pendahulu Bundesliga, Bayern hilang mata pertama kempen ini di tangan Napoli tetapi masih dua mata di depan pendatang baru Liga Juara-Juara di kemuncak Kumpulan A, di mana Manchester City yang ketinggalan satu mata akan mengunjungi Villareal yang masih belum mencatat sebarang mata.

Kumpulan itu cukup berbeza dengan Kumpulan H dengan AC Milan dan Barcelona masing-masing mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan manakala BATE Borisov dam Viktoria Plzen masing-masing mengumpul satu mata. - Reuters

1 comment:

  1. ac mian pasti menang insyaALLAH.....,.,..,.,barca setaro mano gak????????

    ReplyDelete