Thursday, 3 November 2011

tip diet makn di luar??

1:pilih makanan daripada jenis sayur-sayuran atau ikan laut yang dikukus atau rebus
2:jangan malu bertanya menu yang tidak mempunyai lemak yang banyak kepada pelayan restoran ketika membuat pesanan.
3:minta pelayan restoran mengurangkan jumlah kuantiti makanan diambil.contohnya mengurangkan nasi pada kuantiti separuh dan sebagainya
4:jika perlu,bahagikan sedikit makanan kepada rakan bagi mengelakan anda makn banyak
5:pilih pencuci mulut daripada jenis buah-buahan dan elakkan puding dan manisan lain
6:pilh salad segar tanpa "topping"atau soso berkrim yang tidak sihat untuk tubuh.
7:minum segelas air kosong edan sepotong buah sebelum menjamah makanan seterusnya
8:hindari daging berlemak dan makanan goreng dengan mentega atau minyak yang banyak

Tuesday, 1 November 2011

paper final kos elektrik kuasa bila akn habez??

tggu dan lihat jadual yang akn terima..kerana jadual belum terima..

bila elaun kktm sem 1 akn masuk??

pelajar sem satu tertanya-tanya...bilakah elaun sem 1 akn masuk??..mungkin mula masuk sem 2 atau hijung sem 1..atau selepas raya haji??...bilakah??

Hai-O kena lamar, belum buat keputusan

AYAM tambatan Negeri Sembilan, Hairuddin Omar yang menjadi pemusnah Terengganu pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu, belum membuat sebarang keputusan mengenai pasukan akan disertainya musim depan.
Walaupun sebuah pasukan berminat mendapatkan khidmat penyerang berbisa itu, dia belum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Saya tidak nafikan ada tawaran itu tapi ia masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan dibuat. Ini kerana saya masih mempunyai kontrak dengan PBNS berakhir hujung bulan ini,” katanya.
Hairuddin yang sedang bercuti di Terengganu enggan mendedahkan pasukan dimaksudkan itu kerana tidak mahu timbul kekeliruan.

Menurutnya, tumpuannya kini meraikan kejayaan bersama peminat dan penyokong Negeri Sembilan menjulang piala keagungan itu.

“PBNS sudah menyusun aktiviti mengarak trofi kemegahan itu di seluruh daerah negeri itu bagi membolehkan peminat bersama merayakan kejayaan cemerlang itu,” katanya.

Layak jika menang

BERNE: AC Milan dan Barcelona mampu menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dengan baki dua perlawanan dengan pertembungan bulan depan sekadar pertemuan persahabatan jika kedua-duanya menang awal pagi esok.
Benfica, Real Madrid dan Arsenal juga berpeluang mara ke pusingan kalah mati andai menang minggu ini manakala Chelsea boleh memastikan tempat mereka ke pusingan kedua jika mencatat tiga mata.

Pertemuan Bayern Munich dan Napoli di laman sendiri awal pagi Khamis ini, selepas seri 1-1 awal bulan ini adalah perlawanan pilihan minggu ini selain kunjungan Real Madrid ke Olympique Lyon.
Selepas beberapa kejutan awal, peringkat kumpulan dikhuatiri hanya menjadi pemanas badan buat pasukan gergasi, berbeza dengan tanggapan tiada perlawanan mudah dalam bola sepak.

Malah Manchester United, yang bermula dengan dua keputusan seri dalam Kumpulan C, bakal berdepan tugas mudah jika menewaskan juara Romania, Otelul Galati di laman sendiri, awal pagi Khamis ini.

Selain Benfica, satu-satunya pendahulu yang mengejutkan dalam kelapan-lapan kumpulan itu adalah pasukan Cyprus, APOEL Nicosia, yang menanti kunjungan juara Liga Europa, Porto dalam Kumpulan G.“Kami gembira berada di tangga teratas dengan lima mata. Ia sesuatu yang cukup bermakna buat APOEL dan Cyprus. Kami tidak berada di atas kerana nasib tetapi kami sedar, segala-galanya boleh berubah dalam setiap perlawanan,” kata jurulatih, Ivan Jovanovic said.

Hanya satu mata di depan Zenit St Petersburg dan Porto, APOEL mungkin jatuh ke tangga ketiga jika tewas jika kelab Russia itu menewaskan Shakhtar Donetsk dalam satu lagi perlawanan peringkat kumpulan awal pagi esok.Pendahulu Bundesliga, Bayern hilang mata pertama kempen ini di tangan Napoli tetapi masih dua mata di depan pendatang baru Liga Juara-Juara di kemuncak Kumpulan A, di mana Manchester City yang ketinggalan satu mata akan mengunjungi Villareal yang masih belum mencatat sebarang mata.

Kumpulan itu cukup berbeza dengan Kumpulan H dengan AC Milan dan Barcelona masing-masing mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan manakala BATE Borisov dam Viktoria Plzen masing-masing mengumpul satu mata. - Reuters

Cinta Raffi, Yuni putus

JAKARTA: Raffi Ahmad akhirnya mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan Yuni Shara dan sekarang hubungan mereka sudah putus.
Pengacara rancangan DahSyat itu mengaku, mereka berdua memang banyak perbezaan.
“Kami memang banyak perbezaan. Apatah lagi dari segi usia, kami berbeza 15 tahun,” kata Raffi ketika ditemui selepas mengacarakan rancangan DahSyat di Studio RCTI, Jakarta, semalam. Ahli kumpulan BBB itu juga menafikan berita yang mengatakan sifatnya yang keanak-anakan dan berperangai boros. Dia berkata, dia sentiasa serius ketika berpacaran dengan ibu kepada dua orang anak itu.
.Susah untuk cakap. Saya tidak keanak-anakan. Kalau saya bersikap begitu, bagaima hubungan kami boleh bertahan selama tiga tahun?” katanya.

adakah silva akan ke barcelona o real??

berikutan kelab berkenaan ber minat dengan pemain kelahiran sepanyol tersebut yang ber main untuk m.city